Posts

Showing posts from December, 2009

Free ads

Image

Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan....

Yang Dimaksudkan Cinta Tuhan

Kita membaca tentang sepotong ayat, Allah berfirman, maksudnya begini: Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, jika mereka iaitu umatmu benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikuti dan mencontohi dirimu, Rasulullah.

Apa sebenarnya yang boleh difahami daripada ayat tersebut? Jika hamba Tuhan itu benar-benar cinta Tuhan, maka Allah minta buktikan kepada Rasulullah, kekasihNya. Allah minta kita berhubung dengan Rasulullah. Iaitu dengan mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah itu ialah perjalanan hidup Rasulullah. Perjalanan hidup Rasulullah itu pula ada lahiriah, ada maknawiyah dan ada rohaniahnya. Kalau betul kita ikut jalan tersebut, maka memang benarlah terbukti yang kita sudah mencintai Tuhan.

Boleh juga dimaksudkan seperti ini. Hendak cinta Tuhan, kita tak mampu. Kita tak kenal Tuhan; zat, sifat dan perbuatanNya. Justeru, mencintai orang Tuhan seperti Rasulullah membawa kita sampai kepada Tuhan. Mencintai Rasulullah itu adalah jalan atau jambata…

Old Malacca

Image
Padi Planting
A Mosque
Kampung Serkam
Bukit John
A Famosa

Gunung Chintawangsa pusat pemerintahan.

Sambungan lepas...


Cik Siti Wan Kembang dikawal sejumlah hulubalang wanita yang gagah dan setia HASIL kajian penyelidik Muzium Negara, N A Halim, mendapati Cik Siti Wan Kembang dikatakan memindahkan pemerintahannya dari Pulau Sabar ke sebuah tempat jauh di pedalaman iaitu Gunung Chintawangsa, terletak di tenggara Kuala Krai, Kelantan.
Pulau Sabar mengikut sesetengah ahli sejarah, dipercayai sebagai pusat pemerintah Sultan Kelantan pertama iaitu Maharaja K'Umar atau disebut Raja K'Umar, sekitar 1411.

Pulau itu dikatakan terletak di tengah-tengah Sungai Kelantan berhampiran Kampung Laut dan kini sudah tenggelam.

Pemindahan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari Pulau Sabar ke Gunung Chintawangsa dianggap ganjil kerana kebiasaannya raja zaman dulu memilih lokasi berhampiran sungai bagi memudahkan pengangkutan dan perhubungan.

Namun, raja perempuan itu menganggap Gunung Chintawangsa lebih selamat dan tenteram daripada sebarang gangguan luar terutama kerajaan Siam yang dianggap ku…

Cik Wan Kembang

Image
*Nama asal Cik Wan Kembang
*Kematian ayah sejak usia empat tahun
*Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
*Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
*Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
*Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
*Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
*Memerintah Kelantan selama 67 tahun

"CIk Wan Kembang" namanya, BUKAN Cik "Siti" Wan Kembang
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad


Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.


Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik …

Forever and ever

Antara hutang RM57 dan SBP

SAYA amat terharu dengan nasib yang menimpa Nur Izzati Azahar, dari Sekolah Convent Tarcisian, Ipoh yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Hanya kerana dia anak pemandu lori dan ibunya pula pekerja kilang, dia gagal mendapatkan slip UPSR kerana masih berhutang kepada sekolah sebanyak RM57.

Dalam keadaan begini sepatutnya Guru Besar mengenepikan sebentar keegoan kerana hendak mempertahankan prosedur pejabat tetapi pada masa yang sama telah melukakan hati seorang murid yang berjaya menyumbang peratusan kejayaan Sekolah Convent Tarcisian.

Saya juga amat bersetuju dengan pandangan Hafiz Seremban dan Pelajar Tingkatan Lima, Shah Alam, berkaitan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SPB) yang sekarang ini didominasi oleh golongan berada.

Pada pandangan saya sepatutnya Pengarah Pelajaran Negeri Perak janganlah cepat sangat membuat kenyataan bahawa perkara berhutang yuran dengan pihak sekolah adalah perkara biasa dan seolah-olah beliau bersetuju dengan tindaka…