Sambungan lepas... Cik Siti Wan Kembang dikawal sejumlah hulubalang wanita yang gagah dan setia HASIL kajian penyelidik Muzium Negara, N A Halim, mendapati Cik Siti Wan Kembang dikatakan memindahkan pemerintahannya dari Pulau Sabar ke sebuah tempat jauh di pedalaman iaitu Gunung Chintawangsa, terletak di tenggara Kuala Krai, Kelantan. Pulau Sabar mengikut sesetengah ahli sejarah, dipercayai sebagai pusat pemerintah Sultan Kelantan pertama iaitu Maharaja K'Umar atau disebut Raja K'Umar, sekitar 1411. Pulau itu dikatakan terletak di tengah-tengah Sungai Kelantan berhampiran Kampung Laut dan kini sudah tenggelam. Pemindahan pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari Pulau Sabar ke Gunung Chintawangsa dianggap ganjil kerana kebiasaannya raja zaman dulu memilih lokasi berhampiran sungai bagi memudahkan pengangkutan dan perhubungan. Namun, raja perempuan itu menganggap Gunung Chintawangsa lebih selamat dan tenteram daripada sebarang gangguan luar terutama kerajaan Siam yang diangga...
Comments
Post a Comment